31 October 2019

PELAWAK & PELAKON AIN SUFIA SELAMAT TIMANG BABY GIRL


Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan pelakon, Ain Sufia, 32, yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan. Ain berkongsi khabar gembira itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya. Dalam entri tersebut, Ain melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.





"Alhamdulillah..Selamat mader melahirkan seorang puteri #babyindah ditemani pader @matnor_forza. Dilahirkan pada Rabu, 30.10.2019 jam 1.29pm dengan berat baby 3.62kg. Maaf banyak mesej, text, dm saya tak dapat nak reply daripada semalam. Mader tak larat. Terima kasih yang mendoakan, yang bagi ucapan dan bagi semangat. Sekarang #misinakkurus," tulisnya.

Ain telah memuatnaik foto anaknya namun tidak didedahkan wajah bayi tersebut. Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Ain dan keluarga serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu. Ain dan suami, Mohd Nor Ab Mutalib berkahwin pada 1 Februari 2019. Sebelum ini, Ain yang merupakan anggota kumpulan Awok pernah menyertai program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak pada 2014 dan Projek Komedi Warna pada 2015.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ain Sufia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: