11 October 2019

"SALAH SAYA" - AMAR ASYRAF JAWAB DAKWAAN CURANG


"Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami," demikian jawab Amar Asyraf mengenai gosip mahu berkahwin lagi meskipun sudah mempunyai dua isteri yang didedahkan oleh seorang wanita bernama Ellika Azman.

Dakwa Amar, dia sudah tidak menjalinkan hubungan bersama wanita itu sejak dari bulan Mac lagi.

Dakwa Amar, dia turut menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan dirinya terjerat dalam percintaan tiga segi itu.





Justeru katanya, penjelasan kali ini diharap dapat menutup semua kontoversi yang tercetus dan turut meminta supaya tidak ada mana-mana pihak yang kembali mengungkit tentang isu ini.

"Dalam hal ini, saya salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terjerat dengan cinta tiga segi.

"Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi. Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan," ujarnya dipetik sebagai berkata pada Mstar.



Ini kerana, dakwanya dia bersama isteri baik-baik sahaja selepas kontroversi tersebut berlaku dan hubungan mereka berjalan dengan lancar.

"Isteri tahu hubungan saya dengan gadis itu. Dia tidak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang perkara sebenar. Dia bagaimanapun, terkilan apabila cerita itu mula tersebar.

"Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain," tambahnya pada BH.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: