17 October 2019

SERTAI TABLIGH, PUNCA ZACK KOOL TOLAK SERTAI GV6


"Sebelum rancangan itu (GV) berlangsung, saya ada menerima jemputan namun terpaksa menolaknya. Buat rakan tercinta iaitu Riot dan Hairee, teruskanlah kehidupan seperti biasa dan jangan sesekali meninggalkan solat.





"Ini dunia baharu dan setakat ini, saya sudah keluar di tujuh lokasi untuk berkongsi ilmu agama termasuk Langkawi, Kuantan, Ipoh dan Johor Bahru," demikian kata bekas anggota kumpulan Kool, Zulkifli Mohamad atau lebih dikenali Zack yang mengakui menolak untuk sertai Gegar Vaganza 6 (GV6) kerana menyertai tabligh.

Malah, Zack akui telah keluar daripada kumpulan Kool yang asalnya terdiri daripada empat ahli sejak tahun lalu. Selain keluar daripada kumpulan Kool, Zack turut meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) pada Januari lalu.

Klik untuk gambar besar


Namun, Zack masih aktif dalam dunia lakonan dan buktinya ada terbabit dalam drama bersiri Setiaku Di Sini di bawah A. Aida Production. Sementara itu, tambah Zack lagi, salah seorang anggota kumpulan Kool yang lain iaitu Jay juga gagal menyertai GV2019 kerana menjaga bapa mentuanya yang sedang sakit.

Dalam GV26, kumpulan Kool hanya diwakili dua anggota asal Hairee dan Riot untuk berentap bersama 12 bintang lain antaranya kumpulan One Nation Emcees, Sham Visa, Jatt Ali, Roy, Wann, Noorshila Amin dan Mazleela.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: