17 October 2019

"SAYA TAK MALU DUDUK DI PPR... TAHU ASAL-USUL....." - HANEESYA HANEE


Model dan pelakon Haneesya Hanee yang menghuni flat kos rendah sejak berusia 12 tahun itu memberitahu dia tidak pernah malu menjadi ahli komuniti itu. Bekas peserta Dewi remaja 2018/2019 itu memberitahu, biarpun ada yang mempersenda apabila mengetahui keluarganya menghuni kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR), dia tetap bersyukur dengan rezeki diberi.





"Saya tak malu duduk di PPR... Saya tahu asal usul diri. Bagi saya, isu menetap di kawasan PPR tidak pernah menjadi 'kudis'," katanyayang menetap di PPR Pudu Ulu, Cheras, bersama keluarga sejak tujuh tahun lalu.

Baru-baru ini, Haneesya melancarkan kempen anti buli, 'Say No To Bully & Say No To Cyberbully' di lokasi perumahan itu. Bagi Haneesya, memiliki rumah sebagai tempat berlindung dianggap anugerah besar bagi dirinya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Pernah dahulu, kami hidup susah sampai jadi gelandangan dan menumpang rumah orang lain. Apabila mendapat rumah PPR, ia menjadi suatu pemberian Allah yang amat disyukuri. Dapatlah kami anak beranak berteduh daripada panas dan hujan," ujarnya.

Sering dikecam netizen dek kontroversi tak berkesudahan, Haneesya atau nama sebenarnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan mengaku selesa mendiami flat PPR: "Saya kenang jasa rumah PPR... Rumah pangsa ini tidak ada salah. Biasalah, tanggapan orang. Keluarga saya seronok hidup berjiran. Ramai jiran saya kenal termasuk ramai yang berniaga makanan, di sini. Kami bergaul rapat dan selalu bertanya khabar".

Ditanya apakah Haneesya merancang berpindah suatu hari nanti, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 ini memberitahu: "Buat masa sekarang, saya ikut kemampuan dan keperluan. Tak terfikir lagi hendak duduk di rumah lain".




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: