17 October 2019

'ASLAN' PILIHAN NAMA ANAK SULUNG KAKA AZRAFF & SUAMI


Selamat menimang cahaya mata sulung pada 11 Oktober lalu, penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff telah sepakat memilih nama 'Aslan' buat putera mereka. Menerusi laman Instagram, suami Kaka telah berkongsikan wajah anak mereka serta mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.





Dalam perkongsian tersebut, Adam turut mendoakan anaknya membesar dengan hebat dan taat pada perintah Allah. Perkongsian tersebut dihujani dengan komen netizen yang memuji nama dan kecomelan anak pasangan itu.

Tahniah kami ucapkan buat pasangan ini, pastinya rumah tangga akan lebih bahagia selepas memiliki cahaya mata. Semoga segala urusan berpantang Kaka juga berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Kaka Azraff & Adam Azriff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: