17 October 2019
LUAH PERASAAN - TUNANG KECEWA INTAN NAJUWA TAK HORMAT DIRINYA
Sebelum ini, nama pelakon Intan Najuwa hangat diperkatakan selepas kecoh gambar dirinya didukung oleh pelakon Idris Khan dan yang terbaru pula tular gambarnya berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal sehingga dihentam netizen.
Malah rata-rata netizen menyifatkan seolah-olah Intan mudah disentuh oleh mana-mana lelaki. Namun, Intan menjelaskan dia masih tahu menjaga batas sebagai tunangan orang dan gambar tersebut dikongsikan hanya mempromosi drama lakonannya sahaja.
Bagaimanapun, sejak semalam status di InstaStory yang dimuatnaik oleh tunang Intan iaitu Fazrul Anwar Rulis menjadi perhatian ramai seolah meluahkan rasa kecewanya. Status tersebut seakan merujuk kontroversi terpalit Intan yang dilihat tidak menghormati dirinya sebagai tunang.
Malah, tunangnya turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja. Apa pun diharap hubungan mereka baik-baik sahaja. Malah, sebelum ini juga Intan memberitahu apa yang dilakukan olehnya sudah pun mendapat persetujuan daripada pihak keluarga dan tunangnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Intan Najuwa
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment