17 October 2019
PUBLIC HEALTH MALAYSIA PULA TEGUR HAIRUL AZREEN: "ANAK BUKAN SARKAS"
Baru-baru ini, tindakan pelakon Hairul Azreen yang memadam komen angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar mengenai keburukan 'baby standing' yang dilakukan terhadap anak keduanya, Alisa Aisyah dimana bayi berusia 5 bulan itu berada dalam posisi berdiri dan kakinya digengam itu telah dikecam dimana rata-rata netizen menganggap suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu bersikap tidak profesional dan tidak terbuka menerima teguran demi kebaikan.
Kelakuan Hairul itu turut mendapat perhatian Public Health Malaysia yang meminta orang ramai supaya tidak mencontohi perbuatan tersebut. Ia hanya mengundang padah kepada bayi. Betapa bahayanya aksi mendirikan bayi di atas tapak tangan, boleh menyebabkan kecederaan serius termasuk risiko jatuh dengan kecederaan di kepala, patah tulang, tekanan pasar lutut bayi dan tulang kaki bengkok.
Tidak salah untuk mempunyai minda terbuka dan menerima teguran daripada mereka yang lebih berpengalaman dan berilmu. Kalau demi kebaikan diri dan keluarga apa salahnya kan? Sebab sebagai seorang selebiriti popular, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan peminat. Berikan contoh yang baik dan berfaedah kepada masyarakat.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Facebook Public Health Malaysia
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment