31 October 2019

"TAK DAPAT APA-APA RESPON BEKAS SUAMI UNTUK LINDUNGI ANAK-ANAKNYA" - RITA


Ekoran kes fitnah yang melibatkan status taraf kedua-dua anak lelakinya, pelakon Rita Rudaini mendedahkan bekas suami, pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak tidak ada menghubunginya dan menjelaskan hanya dia seorang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu tersebut sehingga mendapat keadilan.





"Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya. Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya. Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak. Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?" katanya.

Terdahulu, Rita membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang didakwa memfitnah status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram (IG). Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen yang ditulis oleh individu berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga.

Rita memberi tempoh selama 14 hari dari 21 Oktober untuk individu itu tampil bertemu serta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukannya menerusi media sosial. Dua lelaki tersebut, Ahmad Najib Mat Arif dan Hafiiz Ahmad Mustaffa hadir ke perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam untuk bersemuka dan membuat permohonan maaf. Walaupun permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan saman malu atau tidak.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: