"Sekarang ini saya dan isteri sentiasa cuba untuk anak kedua pula sebab bagi saya, soal anak ini kita tak boleh nak merancang. Takut nanti untuk tiga tahun lagi, tiba-tiba selepas itu tak ada rezeki. Jadi sekarang ini, saya sentiasa berusaha saja walaupun anak pertama baru sahaja lima bulan dan kalau ada rezeki, saya terima. Isteri pun okay saja sebab dia pun ada adik-beradik yang ramai," ujar pelawak Abam Bocey.

Memberitahu biarpun anak sulungnya baru sahaja berusia lima bulan, dia dan isteri kini sudah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, dia enggan merancang soal anak kerana bimbang sekiranya sukar diberikan rezeki zuriat selepas ini.
Isteri kepada Abam iaitu Siti Norhidayah melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Syed Uthman Hamzah di Hospital Selayang pada 14 Jun lalu. Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 November 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Abam menjelaskan dia menerima tawaran untuk menjayakan teater 'Siti Di Alam Fantasi' arahan Aminah Rhapor itu bukan kerana bayaran namun ingin kembali beraksi di pentas Istana Budaya selepas hampir empat tahun.
Klik untuk gambar besar

"Saya terima tawaran untuk berlakon dalam teater itu sejujurnya bukan disebabkan bayaran, malah saya tak kisah pun bab bayaran itu. Sebabnya saya rasa teruja nak beraksi semula di pentas IB. Kali terakhir saya menjayakan teater 'Mak Cun Diwale' sekitar 2015, jadi bila sekali lagi diberi peluang memang saya tak lepaskan.
"Mengejutkan lagi apabila saya ditawarkan untuk pegang watak utama. Pada mulanya, saya ingat hanya watak sampingan tapi rupa-rupanya tidak, saya antara watak utama bersama-sama Janna Nick dan Johan Raja Lawak," katanya.
Selain Abam, teater yang akan dipentaskan pada 21 hingga 26 November depan itu turt dibintangi oleh Janna Nick, John Raja Lawak, datin Seri Umie Aida, Erma Fatima, Issey, Ozlynn Waty dan Datuk Ziela Jalil.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Abam Bocey
________________________

No comments:
Post a Comment