31 October 2019

SIARAN LANGSUNG MELETOP - NEELOFA DIDAKWA PERLI SHARNAAZ


Berikutan apa yang berlaku mengenai perkahwinan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa menerusi siaran langsung rancangan MeleTOP baru-baru ini seakan menyindir abang iparnya itu semasa segmen Gosip MeleTOP. Gosip tersebut berkaitan video drama lakonan Sharnaaz dan Nelydia Senrose yang viral apabila 'lari konti'.





Dakwa netizen, Neelofa memberikan komen mengenai gosip berkenaan dalam nada memerli sehingga ditegur oleh rakan pengacara Nabil Ahmad. Rata-rata netizen menganggap tindakan Neelofa itu tidak profesional apatah lagi ketika program siaran langsung.

Terdahulu, Neelofa tampil menulis beberapa kenyataan di media sosial, seakan menyindir Sharnaaz yang didakwa sebagai kuat berdrama. Menurut Neelofa, dia jarang menulis apa yang terbuku di dalam hatinya namun apa yang terjadi kini berkaitan rumah tangga kakaknya sudah terlalu melampau.

Kemelut rumah tangga Sharnaaz dan Nabila masih belum menemui jalan penyelesaian dan timbul pula kes baharu apabila Sharnaaz telah memfailkan nusyuz terhadap isterinya itu.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum, Instagram Noor Neelofa & Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: