31 October 2019

'OVERCLAIM' PRODUK MINYAK KURUS - NETIZEN KRITIK HANIS ZALIKHA


Semua sudah sedia maklum mengenai pelakon Hanis Zalikha yang bukan sahaja mempunyai jenama tudungnya tersendiri tetapi turut melancarkan produk kecantikan Cakenis Petite Oil. Sebelum ini timbul beberapa isu apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan logik keberkesanan produk tersebut dengan sapuan sahaja boleh mengawal nafsu makan.





Terbaru, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Hanis 'overclaim' produk minyaknya itu. Siap tunjuk bukti kajian terperinci daripada luar negara dan dia sendiri 'eksperimen' produk itu terhadap dirinya. Menurut Hanis ia sememangnya mengurangkan selera makan dan membuatkan dia tampil lebih langsing.

Kalau dengar memang sangat berkesan dan menakjubkan tetapi ia tidak dapat dibuktikan kerana Hanis sememangnya sudah sedia kurus. Hakikatnya memang mustahil kalau hendak tampil langsing dan cantik dengan hanya menggunakan minyak sahaja. Perlukan usaha dan disiplin tinggi untuk bersenam serta mengamalkan diet sihat.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: CARI Forum & Instagram Hanis Zalikha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: