31 October 2019

"K KETURUNAN CINA BABA NYONYA" - PABLO AMIRUL AKUI BERCINTA TIGA TAHUN LALU


Mengakui dia kini hangat bercinta dengan seorang penjawat awam sejak tiga tahun lalu, pelakon filem 'Polis Evo' dan drama 'Curi-Curi Cinta', Pablo Amirul memberitahu setakat ini hubungan dengan teman istimewanya yang dikenali sebagai K itu berjalan lancar seperti direncanakan.





"Maaflah, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas terperinci mengenai identiti dirinya kepada semua. Apa yang boleh saya katakan K adalah keturunan Cina berdarah Baba dan Nyonya. K juga berkhidmat sebagai anggota pasukan berpakaian seragam," katanya.

Mengulas dakwaan dirinya berahsia mengenai kekasih hatinya itu, kata pelakon yang dikenali dengan watak jahat itu, dia tidak suka menjaja kisah cintanya pada peminat: "Bukannya mahu sorok kekasih tetapi orang tak pernah tanya pun sebab itu saya tidak bercerita mengenai dirinya. Mungkin wajah saya nampak serius dan garang tetapi hati lembut serta mahu dicintai seorang wanita".

Klik untuk gambar besar


Mengenai perkahwinan pula, kata Pablo, 34, dia memang merancang mahu berkahwin dan membina keluarga bila sampai masanya nanti: "Ada yang bertanya sama ada saya lelaki gay atau menyukai kaum lelaki kerana masih membujang sampai sekarang?

"Terus terang, saya lelaki sejati. Saya juga mahu berkahwin dan membina keluarga untuk masa depan. Cuma buat masa ini, saya mahu fokus pada karier dan stabil dari segi kewangan terlebih dulu sebelum membina keluarga," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Pablo Amirul


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: