31 October 2019

"KOT YA ARTIS INI BERMAZHAB LAIN... TOKSAHLAH UP GAMBAR SEBEGITU" - PU SYED


Sebelum ini, pelakon Nabila Huda telah berkongsi foto 'selfie' bersama seekor anjing di laman Instagramnya pada Rabu. Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil memuatnaik swafoto dengan anjing tersebut ketika dia sedang bercuti di New Zealand bersama keluarganya baru-baru ini.





Bagaimanapun, gambar tersebut telah menerima teguran daripada Pencetus Ummah (PU) Syed. PU Syed berkata, perbuatan tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti tempatan sehingga boleh mendatangkan fitnah pada agama. Malah, Pu Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut menegur babak-babak bersentuhan dan berpelukan dalam drama yang dilakukan berulang kali tanpa rasa bersalah dan menjadi tontonan peminat.

"Saya Dah Samak. Itu kata2 Nabila Huda bila dia memuatnaik gambarnya bersama seekor anjing. Fenomena membuat sesuatu yg haram dengan sedar dikalangan artis semakin menjadi² dan dianggap biasa dikalangan mereka. Dari adegan sentuh menyentuh, peluk memeluk sehingga perkara2 dosa lain yg sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontontkan kpd peminat mereka. Fenomena menormalisasikan dosa ini sgt bahaya dan ianya boleh mendatangkan fitnah pd Agama," tulisnya.

Dalam pada itu, PU Syed juga berkongsi hukum menyentuh anjing berdasarkan hadis daripad abu Hurairah R.A dan mazhab Syafie yang mengatakan setiap inci haniwan tersebut dikira sebagai najis. Menurut PU Syed, anak kepada penyanyi Amy Search itu tidak sepatutnya memuatnaik foto seperti itu yang boleh membawa fitnah terhadap diri sendiri dan menjadi ikutan peminatnya.

Klik untuk gambar besar


"Hukum menyentuh anjing. Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A.

"Nabi SAW pernah masuk ke rumah seorang Ansar dan Nabi juga pernah tidak masuk ke rumah seorang Ansar yang lain. Abu Hurairah berkata : Perbuatan tersebut menyebabkan mereka terasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah, Maha Suci Allah, engkau masuk ke rumah fulan dan tidak masuk ke rumah kami. Nabi SAW bersabda : Ini kerana di dalam rumah kamu ada anjing. Mereka berkata : Di dalam rumah mereka terdapat sinnur (sejenis kucing yang disebut juga felidae). Maka Nabi SAW menjawab : Sesungguhnya sinnur itu adalah haiwan liar.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 8324 di dalam Musnad)

"Merujuk kepada Mazhab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Kot ya artis ini bermazhab lain selain Mazhab di Malaysia, toksahlah duduk up gambar sebegitu rupa yg menatijahkan fitnah buat diri sendiri dan menjadi ikutan kpd peminat2 beliau. Biar tahu jangan keliru," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: