01 November 2019

ISU LOKET JAWI: "AMBIL JALAN TAK PEDULI MULUT ORANG LAIN" - EMMA MAEMBONG


Sebelum ini, loket tulisan jawi yang dipakai oleh pelakon Emma Maembong itu menjadi perdebatan di kalangan pengikutnya di laman sosial Instagram (IG). Ada netizen yang berpendapat loket tulisan jawi tidak boleh dijadikan perhiasan di tubuh badan apatah lagi digayakan dengan pakaian yang mendedahkan aurat.





Diminta mengulas berhubung isu tersebut, Emma bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai loket tulisan jawi yang dipakainya. Menurut Emma, jika dia bersuara dirinya tetap akan menjadi bualan orang ramai.

"Saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya kalau komen pun perkara ini tetap akan berpanjangan. Tak mengapa, biarlah apa orang nak cakap pasal saya. Kalau kita buat baik atau sebaliknya pun, orang tetap akan bercakap pasal diri kita".

Pemilik nama Fatimah Rohani Ismail berkata ia akan berlarutan jika terus-menerus melayan komen negatif: "Selagi kita melayan komen-komen negatif daripada netizen, lagi rancak buli siber berlaku. Bila kita tahu apa yang dilakukan, ambil jalan dengan tidak peduli dengan mulut orang lain.

Klik untuk gambar besar


"Buat apa kita depresi disebabkan terlampau memikirkan apa yang orang luar bercakap pasal kita. Cara paling terbaik adalah kita tahu mana yang baik dan buruk. Semua itu antara kita dengan Allah serta sesama manusia," katanya.

Kini Emma sedang aktif mempromosikan drama bersiri terbaru, 'Cemburu Seorang Perempuan' dalam slot DramaVaganza iaitu merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam mulai 29 Oktober 2019.

Selain Emma, drama 'Cemburu Seorang Perempuan' ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amar Baharin, Amyra Rosli, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Emma Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: