09 October 2019

"TAMATKAN SEGALA TOKSIK... SEDIH TIADA DALAM KAMUS HIDUP SAYA" - NATASHA


Menghargai segelintir pihak yang mengambil berat tentang dirinya sejak kebelakangan ini, pelakon Natasha Hudson memberitahu keadaannya kini baik-baik sahaja dan tidak lagi bersedih dengan dugaan yang menimpanya sebelum ini.





Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut: "Saya hargai anda yang mengambil berat, keadaan saya baik-baik sahaja, saya memilih untuk menamatkan segala toksik dalam hidup saya.

"Perkara ini mungkin baru didengar, tetapi saya dah 'move on', saya juga gembira kerana saya tidak bersedih, sedih tiada dalam kamus hidup saya sekarang. Saya sayang anda semua, mari berdoa untuk kebaikan kita sesama sendiri, semua orang ada masalah dan tiada juga yang boleh menjadi sempurna dan betul-betul silap pada masa yang sama," tulisnya sebagai kapsyen.

Baru-baru ini, Natsha telah mengesahkan perceraiannya bersama bekas suami, Noor Nashriq Sekanor selepas setahun bergelar suami isteri. Namun setakat ini, Natasha masih belum mendedahkan tarikh perceraian itu dan menganggapnya sebagai ketentuan Illahi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: