04 October 2019

"TIDAK ADA KAITAN ISU KULIT GELAP" - IBU HANEESYA KOYAK KERTAS LAPORAN


"Saya buat laporan supaya tidak ada lagi fitnah. Laporan ini juga tidak ada kaitan dengan isu kulit gelap. Satu akaun saya buat di Facebook saya berkenaan mesej berbaur ugutan. Dua akaun lagi di laman sosial Haneesya. Akaun itu mengambil gambar tanpa izin untuk mengaibkan Haneeysa. Lagi satu individu ini mengaitkan Hajarul Aswad dan menghina tempat tinggal kami.





"Selama ini anda semua bersuara bukan saja berkaitan kulit gelap tapi anda hina dia, anda panggil dia binatang dan babi, saya tak buat apa pun," ujar ibu model dan pelakon Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda yang terkilan dengan dakwaan netizen dan menjelaskan laporan polis yang dibuatnya terdahulu tiada kaitan dengan isu warna kulit anaknya.

Menurutnya laporan tersebut dibuat kerana beliau sudah tidak tahan melihat anaknya terus dihina. Bagaimanapun menerusi satu video dikongsi Haneesya, mungkin kerana terus diasak dengan kritikan Nor bertindak mengoyakkan kertas laporan polis serta mengajak orang ramai ke kediamannya untuk majlis doa selamat serta menyokong kempen anti buli pada 12 Oktober ini.

"Saya menasihati anak saya, kami sama-sama bangun dan hadapi benda ini. Tak pernah ambil sebarang tindakan. Tapi sebagai seorang ibu saya ambil tindakan bersuara untuk anak saya tapi saya dipijak. Teruskan menghina kami dan terus menghina anak yang saya lahirkan. Kepada anda yang menyokong kami, saya menjemput anda datang ke PPR Pudu untuk doa selamat dan kempen Say No To Bully and Cyberbully," katanya.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: