04 October 2019

TAK TAHAN TERUS DIHINA - ISTERI SUFI RASHID BUAT LAPORAN POLIS


Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof menerima pelbagai komen berbentuk hinaan selepas tular video dirinya bertindak meninggalkan pelamin ketika ibu suaminya, Irma Mahamud mahu bersalaman dan berpelukan dengan anaknya.





Dek kerana tidak tahan, isteri Sufi mendedahkan beliau bakal membuat laporan polis terhadap beberapa netizen kerana melemparkan mesej berbaur kata-kata kesat terhadapnya. Ain telah menerima pelbagai komen berbentuk hinaan selepas tular video dirinya bertindak meninggalkan pelamin ketika ibu Sufi, Irma Mahamud mahu bersalaman dan berpelukan dengan anaknya.

Jelas Ain laporan itu dibuat bukan disebabkan dirinya berasa takut tetapi kesabarannya sudah capai tahap maksimum: "Contoh komen yang ibu bapa saya akan buat laporan polis. Bukan disebabkan saya takut, tetapi saya seorang manusia yang ada limit sabar".

Klik untuk gambar besar


Menerusi Instagtam Stories miliknya, Ain telah berkongsi beberapa 'screenshot' komen yang akan menjadi bukti untuknya. Tambah Ain dia telah 'screenshot' terlebih dahulu sebelum bertindak memadam komen cacian kerana ingin menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

"Padam komen bukan disebabkan saya takut dengan awak, saya sudah 'screenshoot' semuanya. Biar undang-undang yang buat kerja. Saya nak bergembira dengan bulan madu saya lah! @pelesit62," tulis Ain yang telah selamat bernikah dengan Sufi pada 21 September lalu di Pulse Grande Hotel Putrajaya.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @nuraaen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: