04 October 2019

PARU-PARU BABY DANIAL - ABBY & SUAMI BERSYUKUR TIADA LAGI PENDARAHAN


"Day 7, Baby D Muhammad Danial Firman Faizal indah nama dengan maksud yang indah. Moga Baby Danial terus sihat dan terus kuat... Abah tidak penah jemu mendoakan agar Baby Danial terus sihat dan dipanjangkan umur.





"Semalam Abah tak tulis apa2 pun sebab tak sihat, tiba2 demam. Sayang Abah, tahu tak mama @abby_abadi112 dah keluar dari hospital semalam.... Tapi jangan risau Abah & Mama akan sentiasa jenguk sayang.... abah dan mama rindukan Baby.

"Pagi tadi Abah & Mama ke NICU hantar susu... sempat berbual2 dengan Doc, Baby Danial ada peningkatan positif... pemdarahan paru2 pun dah tak de... syukur sgt2... Allah Maha mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial.

"Malam ni, InsyaAllah abah datang jumpa Baby lagi ya... abah rindukan Baby Danial... Abah sayangkan Baby... Moga Baby terus sihat, terus kuat....ramai yang tak sabar nak jumpa Baby... Ya Allah.. Kau yang lebih mengetahui... Kau yang lebih berkuasa dari segala2nya.

Klik untuk gambar besar


"Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, Kau berikan kesihatan tang terbaik untuk Baby Danial dan panjangkan umurnya. #muhammaddanialfirmanfaizal," demikian tulis suami pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal atau lebih dikenali Jai Ezzany memaklumkan keadaan anak mereka yang kini semakin baik selepas berada dalam keadaan kritikal akibat berlaku pendarahan dalam paru-parunya.

Menerusi laman Instagram, suami Abby memberitahu pendarahan pada paru-paru anaknya juga sudah tiada dan ada peningkatan positif. Menerusi perkongsian tersebut, Faizal memuatnaik fotonya bersama Abby yang sudah dibenarkan pulang. Malah, menerusi InstaStory, Abby memberitahu kesihatannya kini juga bertambah baik.

Menerusi perkongsian tersebut, suami Abby turut mengumumkan nama anak mereka yang sebelum ini digelar baby D iaitu Muhammad Danial Firman Faizal di hari ketujuh kelahirannya dan memberitahu ia membawa maksud yang sangat indah. Dalam pada itu, suami Abby turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan anak mereka dan dipermudahkan segala urusan mereka.



Untuk makluman, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungannya berusia enam bulan. Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami 'turun darah' kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.

Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan. Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sehingga hari ini, bayi pasangan terbabit masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan. Semoga Baby D cepat sihat dan diharap Abby serta suami terus kuat untuk anak mereka.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Jai Ezzany


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: