03 October 2019

"JANGAN TERLALU TAKSUB... MALAIKAT DALAM KUBUR TIDAK TANYA....." - ALIF SATAR


"Saya anggap kecaman itu melucukan. Saya tidak salah dalam situasi itu kerana lagu Boy With Luv sememangnya dinyanyikan oleh lapan orang iaitu 7 orang daripada kumpulan BTS dan kolaborasi bersama Halsey. Ada juga penyokong BTS yang menyokong saya. Tidak semuanya mengecam.





"Cuma nasihat saya, jangan terlalu taksub dengan artis atau sensitif. Malaikat dalam kubur tidak tanya mengenai nama setiap ahli kumpulan. Di akhirat juga begitu," demikian tutur penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar.

Tidak dinafikan peminat fanatik BTS yang dikenali sebagai ARMY agak lantang bersuara. Seperti yang anda semua ketahui, Alif dikecam teruk gara-gara tersalah sebut ketika mengacarakan rancangan Big Stage bahawa lagu 'Boy With Luv' nyanyian BTS yang disampaikan oleh peserta, Han Byul dinyanyikan oleh lapan orang artis.

Klik untuk gambar besar


Namun, hakikatnya lagu tersebut sememangnya disampaikan oleh lapan artis iaitu 7 orang ahli kumpulan BTS dan kolaborasi bersama Halsey. Memberikan respon mengenai isu tersebut, Alif tidak tertekan dengan serangan tersebut, sebaliknya menganggap insiden berkenaan sebagai melucukan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata peminat jangan terlalu taksub dengan artis pujaan mereka. Perkara tersebut langsung tidak ditanya para malaikat pada hari pengadilan (akhirat) di akhirat kelak. Fuh! Padu betul kata-kata Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd. Satar, 29, tu. Tidak salah nak minat artis tapi berpada-pada lah, jangan sampai taksub sangat sehingga timbul pelbagai isu.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: