11 November 2019

ALIFF AZIZ BEBAS: "DIA OKAY... APA YANG TERJADI ADA SEBABNYA" - IBU


Pada petang semalam, dunia hiburan dikejutkan dan menjadi kecoh selepas tersebar rakaman video pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap polis di Singapura atas dakwaan bergaduh dengan seorang lelaki di kawasan Orchard Road. Dalam rakaman video tersebut, menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap dan pada masa yang sama dia cuba menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan bantuan.





Aliff menjerit-jerit memberitahu bapanya bahawa ada orang sedang memukulnya. Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak. Ketika diarahkan untuk bertenang, bekas suami kepada pelakon Bella Astillah itu enggan memberikan kerjasama dan terus mencetuskan kekecohan, mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk.

Bagaimanapun, Aliff dipercayai sudah dibebaskan. Menerusi sebuah video berdurasi 4 minit 20 saat yang dimuatnaik oleh ibunya, S Hafiza Basharahil di akaun Instagram, Aliff dilihat tenang mendukung anaknya Ayden Adrean di rumahnya di Singapura dan bekas isterinya, Bella Astillah juga turut kelihatan bersama.

Klik untuk gambar besar


Menurut ibu Aliff, anaknya itu berada dalam keadaan baik dan apa yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri. Orang ramai tidak layak untuk terus menghukum anaknya: "Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okay. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik. Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu".

Pada petang semalam, tersebar rakaman video menunjukkan Aliff bergelut dengan pegawai polis ketika ditangkap dan pada masa yang sama dia cuba menghubungi bapanya menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan bantuan. Aliff menjerit-jerit memberitahu bapanya bahawa ada orang sedang memukulnya. Dia kemudian ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: