11 November 2019
ALIFF AZIZ DIDAKWA MABUK DAN DIBERKAS POLIS
Gara-gara mabuk, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz didakwa oleh berita mediacorp yang berpengkalan di Singapura ditangkap semalam (10 Nov) kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam.
Bila ditanya media, polis Singapura (SPF), mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 28 tahun ditangkap bagi menjawab mengenai dua video viral, membabitkan penyanyi tersebut.
"Dia ditangkap kerana mengganggu ketenteraman awam apabila mabuk, di bawah Seksyen 14(2)(b) Akta Kawalan Arak. Lelaki itu juga bergelut dengan para pegawai semasa mereka cuba menangkapnya. Siasatan polis masih dijalankan," demikian menurut kenyataan polis.
Untuk info, petang semalam dua video yang menunjukkan seorang lelaki menyerupai Aliff Aziz bergelut dengan pegawai polis di kawasan Orchard Road hingga menjadi viral.
Klik untuk gambar besar
Melalui video itu, Aliff dilihat bergelut dengan dua pegawai polis di persimpangan jalan Claymore Road... Aliff juga didakwa menjerit-jerit pada polis, meminta agar mereka bercakap dengan bapanya.
"Ada orang pukul abang... ayah tolong abang ayah," jerit Aliff pada telefon bimbitnya ketika polis bergelut mahu menangkapnya
Sebelum ini, Aliff juga bakal dihadapkan di Mahkamah Negara pada 19 November nanti bagi sebutan kes curi, di mana dia dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri.
Dia juga berdepan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. ---- Sumber: mediacorp.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment