26 November 2019

ANGGUR RM148 - NETIZEN SIFAT RUHAINIES SEOLAH MAHU TUNJUK KEKAYAAN KEKASIH


Umum sedia maklum mengenai pelakon Ruhainies kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E dan dilihat semakin kerap berkongsikan momen romantik bersama kekasihnya di media sosial namun tidak didedahkan wajahnya.





Sebelum ini, perkongsian pelakon itu hangat diperkatakan apabila kekasihnya sanggup membawa sepinggan nasi di dalam kereta dan menyuapnya makan. Kali ini, Ruhainies meluahkan rasa 'geram' apabila kekasihnya membelikan buah anggur untuknya.

Apa yang menjadi perhatian anggur yang dibeli oleh kekasih Ruhainies itu bukanlah anggur biasa tetapi ianya anggur Jepun berharga RM148. Menurut Ruhainies, meskipun harganya mahal tetapi rasanya seperti anggur harga RM10 yang dijual pasar raya.

Klik untuk gambar besar


Seperti sudah dijangka, perkongsian Ruhainies itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan pelakon itu seolah mahu menunjuk-nunjuk kekayaan kekasihnya. Dalam pada itu, ada yang menganggap Ruhainies seolah mahu meraih perhatian semata-mata. Tidak kurang juga ada yang menasihati pelakon itu agar tidak 'menayang' kekayaan kekasih bimbang kelak akan dirampas wanita lain.

Memang beruntung betul Ruhainies, buah anggur yang dibelikan bukan biasa-biasa, mencecah harga sehingga RM148. Wow! Ok la tu Ruhainies, bukan senang hendak merasa anggur import yang mahal dengan rasa lebih premium. Bertuah dimanjakan oleh cinta hati.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara, CARI Forum & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: