27 November 2019

BAKAL TIMANG BABY GIRL LAGI - WAWA & AERIL PILIH NAMA 'AYASOFFYA'


Kini sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata ketiga, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel, Wawa Zainal telah mendedahkan mereka bakal menimang bayi perempuan lagi pada awal bulan depan. Begitu teruja untuk menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka, Wawa dan suaminya sudah memilih nama 'Ayasoffya' untuk anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi. Difahamkan, nama tersebut diinspirasikan daripada nama sebuah masjid di Turki.





"Sejujurnya tak banyak sangat persiapan yang kami buat sebab lebih sibuk dengan persiapan produk. Kami namakan bayi ini Ayasoffya sempena nama masjid berwarna biru ketika melancong di Turki. Seni bina itu sangat cantik, jadi kami buat keputusan untuk namakan dia Ayasoffya," katanya.

Untuk makluman, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. Tahniah kami ucapkan kepada Aeril dan Wawa, mesti bayi perempuan nanti akan mewarisi kecantikan ibunya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: