27 November 2019

MENANTI ANAK KE-5 - ALIFF SYUKRI BERNIAT HANTAR LEBIH 30 KE 100 ORANG TUNAI UMRAH


"Doakan kandungan wife abg sehat.. Melayan wife abang untuk berjumpa dengan doktor sebelum bersalin pada bulan ini... walaupun abang sibuk tapi abang yakin memori ini abang akan kenang sampai bila bila.. sebab tu abang buat video dan nama simpan dekat YouTube tv Telajak laris....





"Ya Allah ya Tuhanku kau permudahkan lah segala usahaku pada tahun ini... dan murahkanlah rezeki aku tahun ini.. Allah menduga saya dengan kehilangan abah saya dan Allah berikan hadiah anak yang bakal lahir ke dunia ini yang tak disangka... abang sengaja tidak mahu tahu apakah jantina anak abang kali ini.. sbb abg dah byk anak... abg dah ada segalanya.. suit bukan keutamaan abg..

"Misi dan visi abang untuk perniagaan abang @as.legacymalaysia Nak menggunakan duit dan jangan abang ke jalan Allah dan nak jadikan semua orang yang bersama abang berjaya dan juga kaya sebab tahun depan abang berniat nak hantar lebih daripada 30 orang ke 100 seorang ke umrah..," demikian tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukti di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Aliff awal hari ini ada berkongsi video sedang menemani isterinya, Datin Seri Nur Shahida mengikuti imbasan anak kelimanya di sebuah klinik kesihatan. Bakal menimang cahaya mata bongsu bulan hadapan, Aliff menerusi video yang dikongsi antara lain turut bertaya mengenai jantina anaknya kepada doktor yang sedang melakukan pemeriksaan. Aliff turut mendoakan agar proses bersalin isteri dipermudahkan.

Pada masa sama, Aliff juga akui tidak mahu tahu akan jantinan anak yang bakal dilahirkan, sebaliknya mahu mendoakan yang terbaik dalam perniagaan kerana pasang impian untuk membawa jemaah ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Perkongsian tersebut sudah ditonton hampir 200,000 kali setakat ini dan versi penuhnya pula boleh ditonton di saluran YouTube usahawan terbabit. Untuk makluman, pasangan usahawan selebriti ini telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta menjaga seorang anak angkat, Ameena.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: