07 November 2019

BILA ELFIRA LOY MASIH TERSASUL BAHASAKAN DIRI KAKAK PADA ANAK


Ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan pelakon Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar lebih-lebih lagi apabila pasangan ini baru saja menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu yang sudah pasti ianya pengalaman indah.





Elfira juga sering memuatnaik pekembangan terkini dan detik-detik manis bersama anak sulungya, Muhamad Rayyan Khalaf menerusi akaun Instagram miliknya. Baru-baru ini, Elfira ada berkongsikan fotonya bersama anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf melakukan pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang senang apabila aktres itu membahasakan dirinya sebagai kakak. Agak tidak manis kerana tarafnya adalah ibu kepada Rayyan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian rakannya yang seakan tidak percaya Elfira sudah pun bergelar seorang ibu.

Klik untuk gambar besar


Elfira membalas komen rakannya, dia juga tidak percaya bahawa kini sudah menjadi ibu dan dalam masa sama mengakui masih tersasul membahasakan dirinya sebagai kakak. Malah, Elfira turut memuatnaik satu gambar berserta kapsyen lucu memanggil dirinya kakak.

Pengakuan Elfira itu ternyata membuatkan ramai peminatnya terhibur, malah ada yang berkongsikan kisah mereka di mana mereka juga melalui pengalaman sama sewaktu pertama kali menimang cahaya mata. Namun, ada yang mengatakan Elfira dan anaknya seperti adik dan kakak melihatkan penampilan pelakon itu yang kelihatan cantik dan masih muda.

Biasalah, kali pertama menjadi ibu, memang kadang-kadang tidak percaya sudah ada anak. Relaks, kami rasa Elfira cuma bergurau sahaja dan tiada niat apa-apa pun.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Elfira Loy & Muhamad Rayyan Khalaf


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: