28 November 2019

BUAT LAPORAN POLIS - DA'I FARHAN MAHU SAMAN RAKAN BAIK ISTERI PERTAMA


Sehingga kini masih hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangga Dai' Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isteri pertamanya mendakwa pendakwah itu berkahwin dengan janda anak lapan secara senyap-senyap dan tidak diredhai.





Susulan itu, Da'i Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap individu tersebut. Malah, beberapa individu lain bakal diambil tindakan undang-undang kerana didakwa menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Menurut Da'i Farhan, dia telah pun membuat dua laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Menerusi entri itu, Da'i Farhan turut meluahkan rasa syukur serta meninggalkan peribahasa 'terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudarat'.

Dalam pada itu, Da'i Farhan berharap semoga apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah tanpa mengetahui kesahihannya.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah dah selesai smlm.. 2 laporan polis & 2 tuntutan saman telah dikemukakan buat si dia & beberapa org pemfitnah tegar di media sosial yg telah disenaraikan nama2 mereka.. moga mereka berbahagia selalu..

"Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata dapat mudharat.. smoga ianya menjadi pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyebarkan fitnah yg mengaibkan seseorang," tulis Da'i Farhan di laman Instagram miliknya.

Terdahulu, Da'i Farhan tampil menjelaskan dakwaan individu yang juga merupakan rakan baik isterinya kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Da'i Farhan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: