Menerusi laman Instagram, penyanyi Haqiem Rusli awal hari ini telah memohon maaf kepada semua sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

"Di sini saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang saya pernah mengguris hati, maafkan saya. Saya nak gerak untuk menunaikan umrah, doakan saya," tulis penyanyi lagu 'Jatuh Bangun' itu.
Haqiem turut berkongsi momen sebelum berlepas ke Tanah Suci di Instagram Stories miliknya. Difahamkan, pemergian bintang itu ke sana dengan mengikuti rombongan bersama agensi dan turut disertai ibu tersayang, Nazrah Ahmad Nordin.
Semoga Haqiem dan seisi jemaah mendapat umrah yang mabrur.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Haqiem Rusli
________________________

No comments:
Post a Comment