27 November 2019

"BUKAN SENGAJA KONGSI (ANUGERAH) LAMBAT, TAPI SAYA SEGANLAH" - RAMLI MS


Menerusi laman Instagram, maestro muzik tersohor negara, Datuk Ramli MS telah mendedahkan lambat memuatnaik fotonya menerima anugerah di Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) baru-baru ini disebabkan mula segan dilabel menunjuk.





Ramli, 61, yang menerima anugerah Lifetime Achievement Prestigious Leader in Music Industry bagaimanapun memutuskan untuk berbuat demikian sebagai menghormati penganjur yang berbesar hati memberi pengiktirafan itu kepadanya.

"Bukan sengaja nak kongsi lambat, tapi saya seganlah. Bukan saya seorang, ada ramai penerima lain pada anugerah ini termasuklah Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira dan Shuib. Pengiktirafan ini diberikan kepada kami mengikut bidang masing-masing," katanya.

Klik untuk gambar besar


Semalam, Ramli berkongsi fotonya menerima anugerah berkenaan di laman Instagram (IG) miliknya dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur. Rata-rata pengikutnya di IG kemudian mengucapkan tahniah atas pengiktirafan terbabit selain mendapat tanda suka lebih 20,000.

MYPIA adalah acara anugerah pengiktirafan kepada individu yang berjaya menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia dalam pelbagai bidang termasuklah hiburan. Acara itu dianjurkan Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD).


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ramli MS


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: