27 November 2019

DIDAKWA PILIH KASIH, ANAK ANGKAT TIADA HADIAH - INI BALAS 'PADU' SHAHIDA


Pelbagai isu dibangkitkan oleh netizen sejak usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida membuat keputusan untuk mengambil anak angakt. Antaranya mengenai perbezaan kasih sayang diberikan kepada anak kandung dan anak angkat meskipun pasangan ini sebenarnya sudah mencuba yang terbaik untuk memberikan layanan sama rata terhadap kesemua anak-anak mereka.





Sekali lagi, anak angkat perempuan mereka iaitu Ameena menjadi bualan netizen dimana ada pihak mendakwa Aliff dan isterinya itu pilih kasih. Baru-baru ini, mereka telah mengadakan sambutan hari lahir bagi ketiga-tiga anak mereka iaitu Qadejah, Ibraheem dan Ameena.

Shahida sempat memuatnaik video sekitar majlis tersebut di Insta Story di Instagramnya, namun apa yang menarik perhatian netizen adalah salah satu video menunjukkan Aliff hanya memberikan hadiah kepada Ammar, Qadejah dan Ibraheem sahaja tetapi tidak kepada Ameena.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen kembali mempersoalkan layanan yang diberikan kepada Ameena. Tidak hanya berdiam diri, Shahida yang agak bengang dengan komen netizen menjelaskan Ameena masih terlalu kecil untuk menerima hadiah, malah ketiga-tiga anaknya juga baru sahaja merasa menerima hadiah apabila mencecah umur lapan tahun.

Geram dengan sikap netizen yang suka menghukum, Shahida sempat memerli agar mereka memberikan perhatian dan lebih kasihanan anak-anak di Syria dimana mereka hidup dalam serba kekurangan. Bersabarlah, hanya Tuhan sahaja yang tahu niat murni dan kasih sayang dicurahkan Aliff dan Shahida buat anak angkat mereka itu. Daripada mengecam, lebih baik netizen mendoakan agar kebahagiaan mereka sekeluarga kekal sehingga ke akhir hayat.










www.myartis.com / Sumber & foto: Forum CARI & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: