27 November 2019

DA'I FARHAN: "MUNGKIN KERANA DENDAM... VIRALKAN PERKARA FITNAH....."


Sebelum ini kecoh di media sosial apabila juara rancangan dakwah Da'i musim kedua, Da'i Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, memuatnaik kenyataan mengejut bahawa dia sudah berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan di Tanah Suci Mekah. Da'i Farhan turut berterima kasih kepada isteri pertamanya yang tabah dan kuat menerima hakikat tersebut.





Isu itu menarik perhatian ramai, lebih menggemparkan ada individu mendakwa Farhan sebenarnya berkahwin secara rahsia tanpa mendapat izin dan persetujuan daripada isteri pertamanya yang kini sarat mengandung anak kedua mereka. Dalam surat terbuka tersebut, individu itu mendakwa Da'i Farhan menggunakan dalil agama untuk kepentingan peribadi. Kata individu itu lagi, isteri pertama dapat tahu suami bernikah daripada orang lain bukan dari mulut suami sendiri.

Individu itu yang merupakan seorang perunding kewangan menulis surat terbuka menerusi laman Facebook, menyatakan perkahwinan pendakwah bebas itu tidak direstui keluarga dan isteri pertamanya. Enggan dirinya terus dikecam netizen, Farhan akhirnya tampil membuka mulut menjelaskan perkara sebenar. Da'i Farhan berkata individu tersebut yang juga merupakan rakan baik isterinya berbuat demikian kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.

Klik untuk gambar besar


Memuatnaik bukti perbualan WhatsApp antara isteri pertamanya dan perunding kewangan tersebut rakan baik, Farhan menjelaskan berkemungkinan kerana dia tidak memberi izin kepada isterinya untuk membeli rumah dengan perunding kewangan tersebut, menjadi punca wanita itu menyebarkan berita tidak benar mengenai pernikahannya.

Untuk makluman, Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Meskipun Da'i Farhan sudah pun membuat penjelasan, namun masih ramai yang mengecam pendakwah tersebut. Akhirnya, isteri pertama Da'i Farhan iaitu Fatin Nur Ain tampil menjelaskan segala kekusutan berlaku menerusi kenyataan di Facebook.



Kini sedang sarat hamil anak kedua, Fatin memberitahu suaminya pernah memaklumkan lebih awal hasratnya untuk berkahwin lagi. Bagaimanapun, akad nikah yang diadakan di Mekah diketahui daripada ibu mertuanya. Fatin memberitahu dia akui kecewa dengan tindakan suaminya itu dan pada awalnya redha dalam paksa. Namun, Fatin berkata dia kini dapat melaluinya dengan baik serta diberikan kekuatan di atas ujian tersebut.

Ujarnya lagi, perkara itu sudah dua bulan berlalu, malah dia dan madu sudah pun bertemu empat mata bagi membincangkan hal rumah tangga mereka bersama. Dalam pada itu, Fatin berkata dia akui terkejut serta tidak menjangkakan surat terbuka daripada rakannya itu. Fatin juga mengakui pernah meluahkan masalah kepada rakannya itu kerana ketika itu berada dalam keadaan tertekan dan memelukan teman untuk mendengar luahan hati.

Fatin juga menyeru kepada semua pihak agar menghentikan segala tohmahan dan fitnah kepada mereka sekeluarga serta menerima keputusannya yang akur untuk berpoligami meskipun ramai yang tidak boleh menerima hakikat di atas penerimannya itu.














www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Rotikaya & Instagram Da'i Farhan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: