20 November 2019

HAFIZ: "TIDAK PERASAN ANAK IKUT DARI BELAKANG" - LUFYA: "NIAT NAK HAURA JUMPA AYAHNYA"


"Sebelum keluar mahkamah, saya memang berjumpa dan luangkan masa dengan anak disaksikan oleh dia dan ahli keluarga dia sendiri.. anak amat rapat dengan saya. Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya, baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak ikut saya dari belakang. Jika benar saya mendengar suara anak, takkan sebagai bapa sanggup buat tidak endah," demikian perjelasan suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.





Sikap suami Lufya yang dilihat tidak menghiraukan tangisan anak mereka, Laana Haura, 2, mengundang kecaman netizen. Rata-rata mereka kecewa dengan perlakuan yang ditunjukkan Dr Che Muhammad Hafiz sewaktu selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Isnin. Sehubungan itu, Dr Che Muhammad Hafiz tampil menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul berhubung situasi berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi video yang disiarkan mStar pada Isnin, wartawan di lokasi sempat merakam situasi di luar mahkamah yang memperlihatkan Dr Che Muhammad Hafiz hanya berjalan ditemani beberapa pengawal tanpa mengendahkan tangisan anaknya. Sementara itu, mengulas lanjut mengenai tanggungjawabnya sebagai bapa, Dr Che Muhammad Hafiz meminta isterinya itu untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan di media.

"Saya ingin menasihat Lufya supaya berhenti membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya, sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan. Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan dia serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku apabila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah dia," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tegas Dr Che Muhammad Hafiz lagi, isterinya itu perlu lebih profesional dengan menyimpan segala masalah yang dihadapi antara mereka tanpa melibatkan pihak luar selain memudahkan pertemuannya dengan anak: "Nasihat saya kepada Lufya, apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya. Jangan wujudkan kesulitan atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa. Anak juga keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawab di akhirat kelak".

Dalam pada itu, ditanya berhubung kecaman yang diterima suaminya selepas didakwa tidak menghiraukan panggilan anak mereka, Laana Haura, Lufya bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenainya. Jelas Lufya, niat sebenar membawa anak perempuannya ke mahkamah adalah untuk pertemukan dengan ayahnya: "Saya tak nak komen banyak tentang apa yang berlaku kerana pada ketika itu saya berada di dalam bersama peguam saya. Adik saya iaitu ibu saudara kepada Haura yang membantu menjaganya ketika dia berlari mengejar ayahnya. Saya sendiri tidak menyangka yang Haura berlari ke pintu lalu memanggil ayahnya berulang kali.

"Dalam video itu, saya dengar suara adik saya memanggil 'daddy' supaya suami saya pandang dan meluangkan masa bersama Haura. Suami saya hanya sempat berjumpa dalam 5 minit sahaja sebelum keluar daripada mahkamah. Oleh sebab itu, Haura inginkan masa yang lama bersama ayahnya. Niat kami sekeluarga memang nak Haura berjumpa dengan ayahnya di samping untuk meredakan kemarahan," tuturnya.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar akui pada mulanya agak keberatan untuk membawa Haura bersama ke mahkamah: "Saya bawa Haura dengan niat baik supaya suami saya dapat berjumpa memandangkan mereka sudah lama tidak ketemu. Walaupun berat hati ini nak bawa anak ke 'tempat' sebegitu namun saya tak ingin pisahkan antara ayah dengan anaknya. Saya harap suami saya boleh bincang secara baik dengan saya demi kepentingan Haura sahaja".




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: