20 November 2019

AL-FATIHAH - ANAK BUAH HATTAN MENINGGAL DUNIA, TERGELINCIR DARI KONDO TINGKAT 13


"Dalam saya kegembiraan menyambut kejayaan konsert bersama Hazama dan Lan.. tiba tiba pabila sampai di rumah belum sempat nak terlelap. Tiba tiba saya mendapat panggilan tel... anak buah saya Jojo telah pergi meninggalkan kami.. buat selama-lamanya.. saya bagaikan dilanggar garuda... kelam... sedih.. sangat memilukan.





"Dia pergi akibat tergelincir dari tingkat 13.. di condo Taman Maluri.. seluruh ahli keluarga meraung, merintih. Ya Allah Ya Tuhanku.. tempatkanlah anak buahku.. didalam kalangan ahli syurga mu... abang.. Pak Lang doakan abang tenang disana," tulis penyanyi Datuk Hattan menerusi Facebook miliknya.

Baru sahaja mengadakan konsert Rockestral Rock Tri-O bersama Hazama dan Azlan Typewritter Sabtu lalu, Hattan dikejutkan dengan berita sedih apabila anak saudaranya yang dikenali sebagai Jojo telah pergi buat selamanya. Kongsi Hattan, arwah meninggal dunia akibat tergelincir dari tingkat 13 di sebuah kondominium di Taman Maluri, Cheras.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Hattan bersyukur kerana majlis tahlil berjalan sempurna bersama ahli keluarga dan pelajar Tahfiz. Mahu mengimbau memori bersama, Hattan turut memuatnaik foto ketika arwah masih kanak-kanak hingga remaja.

"Sedari kecil Pak Lang manjakan abang tetapi abang pergi juga buat selama lamanya.. tetapi Pak lang tahu. Hak Allah tiada siapa boleh menghalang dan pak lang reda... kita jumpa di syurga inyaallah," kongsinya sambil disertakan foto kenangan bersama arwah.

Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga arwah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersma orang-orang beriman.














www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Facebook Datuk Hattan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: