20 November 2019

ALIFF AZIZ DIDAKWA BERKELAKUAN TIDAK SENONOH, TUDUHAN KETIGA DI MAHKAMAH


Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz telah didakwa satu lagi pertuduhan baharu di mahkamah iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di mahkamah atas. Mengikut kertas pertuduhan seperti yang dilaporkan Berita Mediacorp Singapura, Aliff berkelakuan sedemikian dengan menjerit dan gerak isyarat menggunakan tangannya secara terlampau dia Orchard Road menjadi tular di media sosial.





Dalam video tersebut, penyanyi lagu 'Sayang Sayang' itu melarikan diri sebelum ditangkap oleh beberapa orang pegawai polis. Aliff menjerit-jerit sambil menghubungi seorang lelaki dipercayai bapanya menggunakan telefon bimbit sementara enam pegawai polis cuba menggarinya. Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda hingga SDG$2,000 (RM6,110) atau dihukum penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali. Aliff ditangkap pihak polis pada 10 November lalu kerana mengganggu ketenteraman awam dalam keadaan mabuk. Ini merupakan tuduhan ketiga terhadap selebriti berusia 28 tahun itu.

Pada 3 September lalu, dia dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok dan pemetik api seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. Bagi kedua-dua kes curi itu, Aliff sepatutnya dihadapkan ke mahkamah pada Selasa lalu, namun ditangguhkan kerana tuduhan ketiga itu. Sebutan semula kes berkenaan dijadualkan berlangsung pada 9 Disember depan.

Sebelum ini, bekas suami kepada Bella Astillah itu pernah mencetuskan beberapa kontroversi sejak beberapa tahun lalu. Dia didakwa curang terhadap isterinya serta dikatakan menjalin hubungan dengan beberapa wanita dan mendapat perhatian media. Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 16 Mei lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Ayden, yang kini berusia dua tahun.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: