20 November 2019
MASUK HOSPITAL - JANNA NICK TETAP TERUSKAN LATIHAN TEATER
Akibat jangkitan bakteria selepas mengalami demam panas sejak empat hari lalu, pelakon dan pengacara Janna Nick, 24, telah dimasukkan ke hospital. Pembantu peribadinya, Sakinah ketika dihubungi berkata, Janna masih diberikan rehat.
"Janna bukan saja demam, tapi dia turut mengalami muntah-muntah. Apabila ke hospital, doktor sahkan dia terkena jangkitan bakteria. Alhamdulillah, sejak dimasukkan ke hospital semalam, keadaannya beransur baik. Selera makan pun sudah ada, cuma dia perlu berehat di hospital. Kalau semuanya okay, mungkin hari ini sudah boleh keluar. Sebab esok sudah bermula pementasan Teater 'Siti Di Alam Fantasi'," katanya.
Sakinah berkata, Janna tetap meneruskan latihan teater walaupun dalam keadaan kurang sihat: "Walaupun demam, dia tetap datang latihan. Mungkin sebab itu badannya semakin lemah. Apa pun, terima kasih kepada semua peminat yang tidak putus-putus berdoa,” katanya.
Pementasan 'Siti Di Alam Fantasi' bermula 21 hingga 26 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Turut berlakon ialah Johan Raja Lawak, Abam Bocey, Issey Fazlisham, Fizo Omar, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Erma Fatima, Ozlynn Waty dan Isma Halil.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Janna Nick
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment