20 November 2019

MULAI 2020 - TIADA LAGI LAKONAN ORANG MUDA BERMEKAP JADI TUA


"FINAS bertemu dengan semua stesen penyiaran, baru-baru ini dan mereka sepakat tidak mahu pelakon muda disolek untuk memegang watak orang tua. Mereka menjelaskan apabila kaedah itu digunakan, watak terbabit tampak agak pelik dan tidak semula jadi. Selepas perbincangan, semua stesen penyiaran memutuskan untuk mengenakan syarat melarang pelakon muda disolek menjadi orang tua.





"Ini bagi memastikan produser tidak menggunakan pelakon muda memegang watak orang tua. Kami gembira apabila stesen penyiaran bersependapat dengan kami," kata pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac pada sidang media selepas merasmikan Kongres Sangga Artis Veteran 2019 di Pawagam Mini P Ramlee.

Mulai Januari 2020, semua stesen penyiaran tidak akan membenarkan pelakon muda disolek memegang watak orang tua dalam drama dan telefilem terbitan mereka. Hans berkata, syarat baharu itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran. Bagi memastikan artis veteran mempunyai jaminan ditawarkan bekerja, Hans berkata, ketetapan dibuat supaya tempoh atau jumlah jam tertentu dalam produksi diperuntukkan untuk artis warga emas.

Klik untuk gambar besar


"Ini termasuk dalam kempen menggalakkan artis veteran kembali bekerja yang dirancang FINAS. Stesen penyiaran akan menggariskan berapa banyak projek yang menggunakan artis veteran pada 2020 atau purata pembabitan artis veteran dalam produksi. Penyiar akan memberi maklumat kepada FINAS sebelum akhir tahun ini. Kita harap program ini dapat dilaksanakan, Januari depan," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, FINAS serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersetuju menaja 240 orang artis veteran mendapatkan untuk polisi insurans di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), tahun depan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Hans Isaac


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: