Nampaknya nama penyanyi Haqiem Rusli mendapat perhatian warganet selepas tular sebuah video menunjukkan dirinya sedang membaca ayat suci Al-Quran ketika lewat malam itu yang dimuatnaik oleh seorang pengguna bernama @sapiksam_ di media sosial baru-baru ini.

"Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yang terang tadi pastu ada bunyi orang mengaji. Toleh adui segan rasanya.. Waktu-waktu macam ni dia luangkan masanya dengan sang pencipta. Allahu sorry @HaqiemRusli record senyap-senyap," tulisnya di laman Twitter.
Perkongsian itu telah mendapat pujian dan respon positif daripada peminat Haqiem. Malah terdapat segelintir pengikut berpendapat sikap tersebut perlu dijadikan contoh terutamanya kepada golongan anak muda. Terdahulu, pelantun lagu 'Lembah Kesepian' ini mengakui tidak akan memuatnaik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat di akaun miliknya.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Haqiem Rusli
________________________

No comments:
Post a Comment