06 November 2019
JANNA NICK AKUI HUBUNGAN DENGAN DINI SCHATZMANN SERIUS JUN LALU
"Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius. Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.
"Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini," jelas pelakon dan pengacara Janna Nick yang mengakui sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann.
Janna ketika dihubungi berkata, hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu. Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.
"Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati," katanya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Janna Nick & Dini Schatzmann
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment