04 November 2019

MENANG SELEPAS 20 TAHUN - FIZZ TERKILAN DAPAT SKRIP & GANDINGAN TAK BEST


Mendedahkan pernah berasa putus asa untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon berikutan sering mendapat skrip yang tidak kuat, pelakon Datuk Fizz Fairuz berkata, rakan gandingan dalam drama yang tidak sepadan menjadikan drama lakonannya kurang mendapat perhatian: "Pernah rasa tak mahu berlakon lagi sebab saya tak pernah dapat skrip yang cukup kuat seperti pelakon lain. Sudahlah skrip tak best, pelakon gandingan pun tak best... buat saya jadi kecewa".





Tambah pemilik nama Mohd Fairuz Zainal Abidin, 39, ini, dia berasa gembira dan bersyukur sekiranya terus mendapat tawaran untuk membawa watak yang berat: "Saya akhirnya mendapat tawaran berlakon untuk drama 'Kamar Kamariah', sebuah nashkah yang besar tetapi diepisodkan.

"Saya memang suka bawa watak yang betul-betul jahat. setakat nak bagi orang sakit hati, menyampah itu memang 'makanan' saya. Mudah untuk saya lakonan watak sebegitu. Bidang seni ini luas... saya gembira jika diberikan tawaran untuk berlakon watak yang sebegitu boleh dikembangkan menjadi lebih menarik," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Fizz diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi lakonan mantapnya dalam drama 'Kamar Kamariah' yang turut memenangi anugerah bagi kategori Drama Rantaian Terbaik Bahasa Melayu (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd).

Suami kepada aktres Datin Almy Nadia ini berkata, dia tidak menjangka kemenangannya pada malam itu selepas gagal meraih apa-apa anugerah dalam tempoh 20 tahun bergelar pelakon: Sudah berapa kali saya masuk percalonan sebelum ini tapi tak pernah menang... dah dekat 20 tahun begitu.

"Sejujurnya saya tak sangka akan menang kerana pesaing kuat adalah Azhan Rani dengan watak ustaz Hamadi itu. Tak dinafikan, drama 'Nur' memang sangat kuat. Saya tak pernah letak apa-apa harapan kerana selama saya dalam industri, ini kali pertama menang anugerah ini. Alhamdulillah, kali ini mungkin rezeki saya," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Fizz Fairuz, @tv9malaysia & @dramasangat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: