16 November 2019

'MUHAMMAD NOAH ZAYN', NAMA ANAK SULUNG IKA NABELLA & SUAMI


Akhirnya pelakon Ika Nabella mendedahkan nama penuh dan wajah anak sulungnya yang dilahirkan pada 23 Oktober lalu itu menerusi laman Instagram miliknya. Ika dan suami, Muhammad Zaid sepakat memilih nama Muhammad Noah Zayn dan juga telah mengadakan tahnik yang disempurnakan penceramah bebas, Al Habib Ali Zainal Abadin serta beberapa ustaz lain.





Difahamkan, majlis tersebut diadakan pada hari ketujuh selepas Noah dilahirkan. Malah, Ika juga baru sahaja mencipta akaun Instagram anaknya dengan menggunakan nama @muhammadnoahzayn. Untuk makluman, Ika dan suami berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.

"Alhamdulillah rezeki anak soleh, Muhammad Noah Zayn Bin Muhammad Zaid @muhammadnoahzayn ditahnik Al Habib Ali Zaenal Abidin, Ustaz Haji Muadzeen, para ustaz, Aki & Atok pada hari ke-7 kelahiran.. Semoga anak Mommy & Ayah @zaidbowie membesar sihat & sempurna menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh.. Aih mata masuk habuk besarnya amanah Allah yg satu ini..," tulis Ika.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ika Nabella


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: