16 November 2019

JIKA HERO TAK SEMENGGAH - NAZIM OTHMAN ENGGAN TERIMA WATAK KEDUA


"Second? What second? Kenapa bukan saya yang pertama? Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan. Saya takkan bawa watak kedua untuk seseorang yang hanya popular tapi bakat dan disiplin entah ke mana," kata pelakon Nazim Othman yang meluahkan rasa kesal dan mempersoalkan tawaran memegang watak kedua berbanding menjadi pelakon utama.





Nazim, 35, berkata, dia hanya menerima tawaran sebegitu jika watak utama diberikan kepada pelakon yang lebih bagus dan layak daripada dirinya. Lebih parah, kata Nazim, watak utamaitu dipilih berdasarkan populariti semata-mata.

Tambah Nazim, dia berasa kecewa apabila bakat selebriti itu diukur melalui jumlah pengikut di media sosial. Dia berkata, pengikut atau populariti yang bersifat sementara berbanding bakat sebenar yang ada pada seseorang pelakon.

Klik untuk gambar besar


"Sekarang ini, kebanyakan yang pertama itu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di platform media sosial. Kalau macam ni lah bakat tu diukur, kita ni hanya takdir. Tak semestinya seseorang yang ramai followers tu betul-betul berbakat," tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon 'Terima Aku Seadanya' ini turut berbalas komen pengikutnya di laman sosial bahawa dia sentiasa bertolak ansur dengan bayaran namun akan mempertimbangkan tawaran watak kedua.

"Saya tak kisah play second, watak sikit pun saya buat kalau kuat karakternya. Bayaran pun banyak kali saya compromise tapi tengok keadaanlah. Yang first lead kena semenggah sikit for me to accept playing second or third. Itu saja," komennya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: