16 November 2019

4 FOTO: SELAMAT NIKAH - NAZRIEF NAZRI PILIH MODEL HIJAB


Tahniah diucapkan kepada pelakon Nazrief Nazri yang kini sudah sah bergelar suami kepada pilihan hatinya iaitu seorang model, Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Nazrief atau nama penuhnya, Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 28, diijabkabulkan dengan Aizatul, 25, oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Kuala Lumpur, Saiful Hamizi pada pukul 6.10 petang semalam.





Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 berserta wang hantaran sebanyak RM15,000. Pihak lelaki juga menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan rapat. Pelakon drama 'Urusan Hati Cik Drama Queen' itu dilaporkan sudah merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.

"Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama," kata pelakon yang dikenali dalam drama 'Makmum Yang Paling Aku Cinta' itu yang bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Aizatul berjalan lancar.

"Maka bermulalah perjalananan hidup kami sebagai suami isteri. Terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai kami yang hadir ke majlis sederhana kami petang semalam. Kepada yg tidak mendapat jemputan, kami mohon maaf kerana majlis kami dibuat secara sederhana sahaja. InshaaAllah, jika tiada aral melintang kami akan jemput utk majlis resepsi nanti. Doakan hubungan kami diberkati dan berpanjangan sampai syurga. I love u syg @angellajoliey," tulis Nazrief di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Nazrief Zari & @pesonapengantin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: