23 November 2019

RITA BERANG ANAK KENA BULI: "SAMPAI KENA LONDEH SELUAR NI.... MEMANG KURANG AJAR..."


"Dia ni asyik kena buli... sbb dia xmelawan... org kata apa pon kt dia.. dia xpandai bls.. org buat apa pon kt dia, dia xbls... mommy pon xajar ank2 mommy kata kt ank org or buat ank org.... tp tggu, mommy yg akan ambik tindakan klau mak bpk xreti nk ajar ank sendiri... mommy ni tgk je lembut... tp jgn buat hal ye.... benda skit2 mommy bole lg tutup mata n just ajar ank 'biarkan'... Tp bila sampai bab kena londeh sluar ni.... haaaa mmg kurang ajar sgt lah ni... klau mak bpk bole buat xtau bila dah buat report... buat xtau bila tau ank dia 'something'.... sampai skrg sisturr tggu ye... but nothing dr parent tu.... tgguu Rita Rudaini buat sesuatu... sisturr dun care level apa pon.... jgn main2 dgn sisturr...





"I bela ank2 sorg2 xde suami but dun play2 ya... kdg2 sisturr bole jd kucing tp awasss sisturr juga bole tukaq jd naga... Sampai dah CUTI SEKOLAH tp NOTHING... haaaa tgguu... sampai ryan mintak tukaq sekolah.... tp mommy ckp 'benda ni bukan psal sek, bukan salah sek.. tp ATAS DIDIKAN MAK BAPAK di rumah'.... mungkin kena report kementerian trus ni... TOO MUCH! Mcm mana paksu n maksu @siti.azwa @neves7727 ?" demikian tulis pelakon Rita Rudaini yang berang apabila anaknya menjadi mangsa buli dan memberi amaran kepada ibu bapa di sekolah anaknya supaya lebih bertanggungjawab terjadap sikap anak mereka masing-masing agar tidak melakukan perkara tidak sepatutnya kepada orang lain.

Klik untuk gambar besar


Perkara itu didedahkan Rita menerusi Instagram dimana anak sulungnya, nya Airit Rayyan Rizqin, 10, didakwa menjadi mangsa buli rakan sekolahnya. Ujarnya lagi, tindakan pelajar lain melondehkan seluar anaknya sangat biadap dan kurang ajar. Dalam pada itu Rita berkata meskipun dia membesarkan anak seorang diri tanpa suami, tidak bermakna orang luar boleh mempermainkannya. Kata Rita lagi, anaknya menjadi trauma sehingga mahu menukar sekolah.

"Saya difahamkan bukan Rayyan seorang saja, tapi ada rakannya yang lain turut menjadi mangsa. Bagaimanapun, mereka melawan. Berbeza dengan Rayyan yang hanya diam dan tidak melawan. Mungkin kerana dia ingat pesan saya. Bagaimanapun, apabila Rayyan diam kanak-kanak itu ambil kesempatan pula. Bagi saya, tindakan melondehkan seluar Rayyan di kawasan terbuka adalah satu pembulian dan ia sangat kurang ajar. Ditambah pula ketika itu waktu rehat dan ramai murid lain. Memang semua nampak menyebabkan Rayyan malu dan menangis.

Rita berkata, dia sudah membuat aduan kepada pengetua sekolah dan masih menunggu tindakan selanjutnya: "Saya geram ibu bapa murid itu buat tak tahu saja. Selepas saya muatnaik di Instagram semalam, baru mereka menghantar mesej kepada saya. Saya cakap selesaikan dengan pihak sekolah. Mereka tak tahu kesan perbuatan anak mereka terhadap anak saya. Rayyan menjadi trauma, tak nak ke sekolah malah siap minta tukar sekolah. Saya cakap, ini bukan salah sekolah. Tapi atas didikan ibu bapa di rumah. Saya tak mahu ada mangsa lain yang akan kena lebih teruk lagi," katanya yang menerima komen dimana rata-rata pengikutnya turut berasa marah dengan kejadian itu, ada juga yang menyarankannya membawa perkara itu ke pihak kementerian.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: