12 November 2019
"TUNGGU REZEKI NI HAMPIR 10 TAHUN..." - UMIE AIDA TERUJA MELARAM BABY GIRL
"Bila ada baby girl.. lain rasanya. Kita akan melaramkan dia. Kena pulak ku menunggu rezeki ni hampir 10 tahun.. semcm punya semangat keibuan yg muncul dalam diriku ini. Tapi nak tanya sikit apakah setiap ibu akan rasa lenguh2 belakang sebab dukung baby? Aisya 7kg.. setiap malam ku rasa lenguh badan ku.
"Mcmmana @bettyrahmad dukung @ardywira_ ? Muuu rasakah ? kalau semua ibu lenguh.. maka anak2 semua hargailah jasa ibu okay. Ni baru level lenguh.. belum lagi bab2 lain," tulis pelakon Datin Seri Umie Aida yang mengakui teruja apabila dapat menggayakan pakaian dan aksesori untuk anak angkatnya, Nur Aisya.
Menurut Umie, semangat keibuannya semakin membuak-buak selepas kewujudan Aisya dalam hidupnya. Umie juga sangat gembira membesarkan anak perempuan kerana dia sudah mengidamkan perkara itu sejak hampir sepuluh tahun yang lalu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan ada yang turut berkongsi pengalaman sepanjang bergelar ibu. Imbas kembali, Umie mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Mac 2010 dah tidak dikurniakan cahaya mata. Terdahulu, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhilmi, 25.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Umie Aida
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment