12 November 2019

ZUL YAHYA: "JANGAN ABAIKAN HAK2 AGAMA" - INTAN PADAM FOTO, 'UNFOLLOW' TUNANG?


"Mencari rezeki jangan diabaikan hak2 agama... Dulu aku pun pernah melalui kesilapan2 ini tapi sampai bila kita nak lakukannya sedangkan hari ini ramai manusia berlumba2 untuk mendapat kebaikkan dan kemanisan agama...





"Kepada adik2 yg masih diberi peluang untuk berkarya di medan seni bawalah seni itu dengan adab dan tontonkan kepada mereka bahawa seni itu lebih indah dgn adab... Seni itu juga boleh menjadi asbab atau isyarat manusia datang kepada agama.. Sedarlah kita hari ini semakin ramai manusia yg inginkan seni yg penuh dgn adab dan sunnah...

"Pesanan utk semua yg terlibat didalam bidang seni hiburan tanah air baik didepan layar di belakang atau pun pengemar hati2 kerana hari ini semua perkara aib mudah tersebar .. Berkasih sayanglah hanya kerana Allah.

Klik untuk gambar besar


"Tingkatkan sunnah... Sunnah bawa kejayaan dunia dan akhirat," demikian kata pelakon senior, Zul Yahya yang meluahkan rasa kecewa terhadap bberpa keping foto mesra aksi mandi laut aktres Intan Najuwa dengan pasangan gandingannya, aktor Zul Ariffin yang tersebar di laman sosial sejak Khamis.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 46, berkata, golongan selebriti seharusnya mencari rezeki tanpa mengabaikan hak sebagai seorang yang beragama Islam. Zul meluahkan rasa kesalnya itu menerusi posting yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Dalam pada pada itu, Zul turut meminta rakan-rakan artis serta penggiat industri seni untuk sentiasa berhati-hati dalam sebarang perlakuan. Menurutnya, perkara-perkara yang tidak senonoh mahupun memalukan harus dielakkan kerana dengan penggunaan media sosial yang berleluasa.



Sementara itu, hasil semakan di laman Instagram Intan mendapati aktres itu telah memadamkan beberapa keping foto bersama tunangnya, Razrul Anwar Rusli. Hasil sebuah posting bersama Razrul yang ditinggalkan dengan kapsyen memberitahu aktres itu menyayangi dirinya:

"Jaga diri ketika saya tiada. Benci bila terpaksa berjauhan dengan kamu. Tetapi saya faham, kita sama-sama bekerja keras untuk mencapai matlamat hidup kta. Sayang awak selalu," tulis pelakon drama 'Setelah Ku Dimiliki' itu.

Hasil pemerhatian juga mendapati Intan dan tunangnya itu tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing. Usaha untuk mendapatkan kenyataan Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, mengenai foto tersebut juga sehingga kini masih tidak berjaya.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Zul Yahya & Intan Najuwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: