27 December 2019

1 JANUARI 2020 - ZAMANI & ISTERI BAKAL BERSANDING SELEPAS 3 BULAN BERNIKAH


Vokalis kumpulan Slam, Zamani dan isterinya, Nur Juliana Abdul Rani bakal diraikan dalam satu majlis resepsi pada 1 Januari 2020, selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Pasangan itu bersanding dalam satu majlis yang diadakan di Emerald Ballroom, Mercure Selangor Selayang dari jam 3 hingga 5 petang. Majlis resepsi itu difahamkan diadakan khas buat peminat-peminatnya.





"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Jemputan istimewa khas dari #bamzek buat semua peminat untuk memeriahkan: Majlis Resepsi Zamani & Juliana, 1 Januari 2020 (Rabu), 3-5 petang, Emerald Ballroom, Mercure Selangor Selayang," tulisnya.

Perkara itu dikongsi oleh pihak pengurusannya Zime Production menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Zamani sendiri telah membuat pengumuman tersebut dapam rakaman video.

Pada 20 September lalu, Zamani dan Juliana disatukan dalam majlis serba sederhana dan hanya dihadiri dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja. Zamani dan Juliana difahamkan berkawan hampir 14 tahun sebelum mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @zimeproduction


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: