18 December 2019

ABBY & SUAMI ZIARAH KUBUR BABY DANIAL: "SEMOGA JUMPA SEMULA DI SYURGA..."


Selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah, pelakon Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal berpeluang menziarahi kubur anak bongsu mereka, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan. Abby berkongsi foto dirinya dan suami serta dua orang anak angkatnya Daiyan dan Dayana menziarahi pusara Baby D di laman Instagram miliknya.





"Ni apa Abah? Kubur tu apa? Kenapa kena duduk sini? Agaknya kalau dah besar sikit & boleh bercakap mesti Daiyan tanya macam-macam kan? Daiyan Dayana pun tak sempat nak bertentang mata dengan Arwah Baby D.. Insya-Allah semoga kita semua dapat jumpa semula di Syurga ALLAH ya sayang-sayang Mama semua," tulis Abby.

Baby D dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September lalu. Abby dan suami kehilangan anaknya itu ketika mereka berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember lalu. Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki itu pada 27 September lalu secara pembedahan selepas mengalami tumpah darah disebabkan tekanan darah tinggi.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: