18 December 2019

BILA SHUIB SEPAHTU JADI PENYANYI PULA, BAKAL LANCAR LAGU


Nampaknya pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu akan mengikut jejak isterinya, Siti Sarah Raissuddin menjadi seorang penyanyi apabila bakal tampil dengan single pertamanya berjudul 'Sampai Tua' yang akan dirakam dan dilancarkan tidak lama lagi. Jelas Shuib, lagu ciptaan Aidit Alfian itu bakal dinyanyikan duet bersama isterinya.





"Lagu ini asalnya saya dengar sebelum berkahwin lagi, memang melodi dan liriknya sedap didengar. Seperti tahun 1950-an! Kemudian baru-baru ini saya teringat balik lagu itu dan menghubungi Aidit Alfian. Syukurlah lagu itu masih ada dan kami berjumpa kemudian bersetuju untuk menghasilkan lagu itu.

"Setakat ini lagu itu belum dirakamkan lagi dan Aidit akan menyusun semula melodi itu," kata Shuib yang ditemui ketika majlis pelancaran Bubble Bee di Shah Alam baru-baru ini dan teruja dengan projek terbaharunya itu.

Dalam perkembangan lain, Shuib dan Sarah kini meneroka peluang baharu menerusi perniagaan minuman berasaskan madu, Bubble Bee. Bubble Bee dihasilkan dengan 14 perisa dan dijual dengan harga antara RM6.90 hingga RM14.90.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti sarah Raissuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: