19 December 2019

VIDEO MESEJ MESRA BERSAMA WANITA - ZARA ZYA NAFI ITU PUNCA PUTUS TUNANG


Berhubung video mesej mesra bersama seorang wanita yang tular di media sosial sejak kelmarin dan dakwaan mempunyai hubungan cinta lain dengan pasangan sejenis, pelakon Zara Zya telah menafikan isu itu sebagai punca dia dan pelakon Hafreez Adam putus tunang, bulan lalu. Kata Zara, tidak timbul persoalan kehadiran orang ketiga yang menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing.





"Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan. Saya tidak tahu apa tujuan dia memuatnaik rakaman itu di laman sosial. Sumpah, itu bukan punca kami putus kerana saya dan wanita terbabit hanya berkawan.

"Serius, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis). Rasanya orang lain pun apabila bermesej dengan kawan perempuan yang rapat, pasti ada menyebut perkataan sayang," katanya.

Ditanya mengenai video yang tular itu, Zara berkata, dia sudah mendapatkan penjelasan wanita itu, namun tidak pasti mengapa dia memuat naik rakaman itu. Zara juga menyifatkan tindakan penyebaran video itu secara tidak langsung akan dijadikan alasan oleh orang luar untuk memperbesarkan isu dia putus tunang: "Mungkin ada orang sengaja mahu mencetuskan isu, sedangkan bagi saya, ia hanya perkara kecil".

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Hafreez ketika dihubungi, turut menafikan kehadiran wanita itu sebagai punca dia dan Zara berpisah. Hafreez berkata, tidak mungkin bekas tunangnya itu menjalin hubungan sejenis kerana sepanjang mengenali Zara, dia tidak pernah melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka.

"Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik. Saya tidak tahu, tetapi mungkin juga ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Namun, saya tidak dapat mengulas panjang mengenai isu ini kerana dia bukan tunang saya lagi.

"Saya juga tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadinya," kata Hafreez yang sebelum ini memaklumkan, hubungannya dengan Zara terlerai selepas sebulan mereka bertunang iaitu pada 12 Oktober lalu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Beautifulnara, CARI Forum & Instagram Zara Zya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: