19 December 2019

"ALIF BOLEH AMBIL MAMA MALAM NI..... 'BOLEH.. KENAPA TAK BOLEH PULAK'..." - NORA


Menerusi Instagram Story miliknya malam tadi, penyanyi Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 46, telah mengimbau detik kenangan bersama arwah anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan sewaktu hayatnya.





"Setiap malam waktu-waktu begini, bila Alif ada di rumah, dialah yang akan menemani saya minum air sambil berborak. Masa kualiti untuk kami. Setelah Johan tak ada, Iman berkahwin dah tinggal berasingan.

"Alif lah yang menjadi anak lelaki di rumah. Bila dia habis kelas, dia mesti balik rumah. Dialah pendengar segala cerita, teman berbual, teman keluar jalan-jalan bersama adik-adik lain, penasihat, peminat, penyokong dan pengkritik saya," luahnya.

Klik untuk gambar besar


Bahkan, pelantun lagu Hanya Satu itu turut mencoretkan perbualan terakhirnya bersama Alif: "Alif boleh ambil mama malam ni? 'Boleh.. kenapa tak boleh pulak...'. Jawapan terakhir Alif pada saya," tulisnya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya pada 14 Disember lalu. Terdahulu, anak kedua daripada empat beradik itu dikatakan rebah di rumahnya selepas pulang menghantar Nora ke lapangan terbang. Nora sebelum ini kehilangan suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: