17 December 2019

ALIFF SYUKRI DAPAT PA BARU WANITA: "KENAPA WIFE MCM X SENANG...??"


Cerita mengenai Datuk Seri Aliff Syukri sudah lama rasanya kita tidak dengar dan baru-baru ini, usahawan kosmetik itu memuatnaik video dimana beliau kini mempunyai seorang pembantu peribadi baru yang memperkenalkan diri sebagai 'Nur'. Menerusi perkongsian itu, Aliff turut mengharapkan agar wanita itu dapat lama bekerja lama dengannya dan boleh menjaga keluarganya dengan baik.





Wanita berkulit cerah itu berpakaian kasual dengan seluar jean ketat, kemeja dengan jaket semasa diperkenalkan kepada Aliff, isteri serta para pekerja di rumahnya. Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen Aliff yang mengatakan isterinya seperti tidak senang dengan pembantu peribadinya itu.

Menerusi video tersebut ketika bersalaman dengan pembantu peribadi suaminya, wajah Datin Nur Shahida kelihatan seperti tidak gembira dan acuh tidak acuh untuk bersalam sebelum segera beredar. Namun dalam video penuh di laman YouTube TV Terlajak Laris, Aliff menegur cara dan tingkah laku Nur sewaktu berinteraksi dengan isterinya.

Klik untuk gambar besar


"Kenapa wife abg mcm x senang dgn PA yg baru ni?? Hari pertama PA terbaru sy masuk kerja..Abang doakan dia lama bekerja dengan abang dan boleh menjaga keluarga abang dengan terbaik sebab nak kerja sebagai pa ni bikan senang..Kalau korang nak tengok sambungan video ini macam mana dia memulakan pekerjaan pada hari yang pertama di rumah abang dan menguruskan perniagaan abang orang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting," tulis Aliff.

Malah, seorang pembantu rumah Aliff turut menegur cara pemakaian pembantu peribadi tersebut yang dilihat agak seksi. Pembantu peribadi Aliff itu juga turut dinasihatkan agar perlu mengambil hati Nur Shahidah, tidak dibenar memakai seksi dan tahan maki. Selalunya pembantu peribadi Aliff Syukri lelaki, tiba-tiba ada perempuan mungkin itu yang tak biasa lagi. Apa pun diharap semuanya baik-baik belaka.




www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum, Rotikaya & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: